The Power Of Visualization

“Dari angan angan, kini ianya menjadi kenyataan.”

Bak kata pepatah, lelaki dan kereta berpisah tiada. Sedari kecil lagi mereka kaum lelaki ini telah sinonim dengan kereta.

Kalau masuk ke bilik mereka, pasti ada koleksi kereta mainan yang mereka minat tersusun cantik di atas almari. Sedari minat dari kecil, ianya terus akan kekal menjadi minat mereka sehingga mereka besar.

Bila kenang balik episod ketika kita masih kecil, seronok bukan? Kita nak apa saja, kita minta sahaja daripada ibu dan bapa. Nak berangan apa pun, kita angankan saja.

Sebab mana ada kita fikir logik. Yang kita fikir, semuanya kita boleh dapat walaupun sekadar kereta mainan. Dan dari minat itu, ia nya akan menjadi satu angan angan atau impian untuk kita idamkan agar suatu hari nanti ianya boleh menjadi kenyataan.

Tetapi, ada juga yang takut untuk berimpian besar. Sebab memikirkan isu duit, isu perihal nak jaga kereta, isu maintenance dan sebagainya sehingga ada ramai di kalangan kita hanya mampu membina angan angan yang kecil sahaja.

Ianya tidak salah untuk bermula dengan impian yang kecil dan kemudian baru lah impian yang lebih besar. Cuma apa yang kami ingin kongsikan ini adalah tentang jangan pernah kita kecilkan impian kita dan jangan pernah takut untuk berimpian besar.

Sebab dari impian dan angan angan itu lah, suatu hari nanti ianya akan jadi kenyataan. Disini kami ingin kongsikan kisah salah seorang insan penting di dalam team Bella Ammara iaitu tentang Suzairi Suliman atau lebih dikenali sebagai Coach Jeryking di media sosial.

Coach Jeryking merupakan salah seorang yang uruskan perihal Marketing di dalam Bella Ammara dan juga merupakan partner yang menguruskan outlet di Bangi.

Pada 8 Mac 2019 baru baru ini, secara rasminya beliau telah memiliki sebuah Mini Cooper di mana ianya telah menjadi kereta idaman beliau sejak dahulu lagi.

Coach Jeryking telah membuktikan dari angan angan beliau, kini ianya telah menjadi suatu kenyataan yang sungguh indah dalam hidup beliau.

Di sini, Coach Jeryking telah membuktikan bahawasanya apabila kita mempunyai impian dan matlamat yang jelas, secara automatik kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai apa yang kita impikan. Begitu lah dalam kehidupan seharian kita, apa yang terjadi adalah mengikut apa yang kita nak, apa yang kita impikan, dan apa yang kita mahukan.

Sebab itu lah kita perlu visualizekan impian kita secara spesifik. Kalau boleh, kita tampal impian kita itu dengan jelas pada board di pejabat atau di rumah kita. Yang penting, ianya perlu dilihat oleh kita setiap hari dan ianya akan buat kita lebih bersemangat untuk berusaha menggapai impian tersebut.

Contohnya, seperti Coach Jeryking spesifik mahukan kereta. Beliau mahukan kereta Mini Cooper, dengan cara beliau pergi ke showroom Mini Cooper untuk rasa dan feel seperti di dalam kereta itu.

Ini adalah perkara yang paling hebat yang pernah Coach Jeryking rasai kerana beliau percaya akan “The Power of Visualization” atau “Low of Attraction (LOA).

Apa yang kita fikir / doa / niat secara spesifik dan SMART (Spesifik, Measurable, Attainable, Relevant & Times-based) pasti akan jadi kenyataan bila kita betul-betul percaya. Sebab itu dalam Islam sendiripun “niat” yang spesifik itu penting!

Pada 25 November 2015, beliau telah memuat naik dilaman Facebook (Jeryking Suliman) mengenai impiannya untuk memiliki kereta idaman, Mini Cooper dan beliau visualizekan serta menampal kesemua impiannya pada Dreamboardnya.

Pada tahun lepas bersamaan 11 Januari 2018, Coach Jeryking memuat naik satu lagi status di laman Facebook nya, mengenai kereta idamannya, Mini Cooper dan pada tahun ini bersamaan 8 Mac 2019 secara rasmi nya Coach Jeryking telah memiliki Mini Cooper, kereta idamannya.

Alhamdulillah! Jadi kami harap dengan perkongsian cerita ini, ianya boleh berikan semangat pada anda untuk terus bersemangat dalam menggapai impian anda.

Jangan pernah mengalah dan jangan pernah kenal erti putus asa. Allah pasti permudahkan usaha hambaNya yang betul betul berkehendak. Kami doakan anda juga mampu menggapai segala cita cita dan impian yang anda ada.

Good luck!

 

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Coach Jeryking dan Puan Ruby Samsudin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *