Balik Raya ada apa

Bila raya semua pasti balik ke kampung. Dari utara selatan barat timur semua berpusu nak balik. Lepastu mula lah kaum adam ni stress umpama ingin histeria dalam kereta oleh kerana jem dan tidak lupa juga permintaan kaum hawa yang sering ingin membuat hentian di kawasan R&R. “Habistu bila nak sampainya?” ni hanya kata-kata dalam hati kerana kaum hawa perlu dihormati oleh kaum adam. Banyak pengorbanan mereka dalam hidup kaum adam contohnya, gosokkan baju melayu, beruskan songkok, bersilat didapur demi juadah berbuka dan tidak lupa juga kegigihan mereka memekik untuk mengejutkan kita pada waktu sahur ya rakan-rakan. Jadi, layan saja lah kan.

Ya, bila balik raya ni pelbagai ragam yang kita akan saksikan dan tuan-tuan dan puan-puan, bahawasanya dikala jam begini, perlulah kita praktikkan dan tingkatkan tahap kesabaran kita pada tahap yang paaaaling maksima ya. Sesungguhnya orang yang sabar dan cerdik ini beruntung. Ingat itu ya tuan – tuan dan puan – puan. Apa yang perlu kita sediakan supaya hari kita berjalan lancar?

  1. Jarum dan pin
  • Bagi wanita, sediakan lah sekotak jarum serta pin ya kerana sesungguhnya pada waktu ini, jarum serta pin akan hilang dibawa arus kelekaan. Pada waktu sebegini, “biar lebih jangan kurang” perlu dipraktikkan. Usah nanti kerena kan kekurangan jarum atau pin, tudung kita tak menjadi pada hari raya yang pertama. Kita perlu elakkan insiden sebegitu pada hari yang mulia nanti, puan – puan.

  1. Cermin
  • Tuan – tuan dan puan – puan, peranan cermin pada pagi raya amatlahh penting ya. Bukan sahaja bagi kaum adam tetapi bagi kaum hawa apa tah lagi ya kan? Jadi, seperti yang saya katakan tadi, kita harus cerdik bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini pada pagi raya nanti. Jadi, orang yang bijak akan menyediakan cermin sendiri! Dan tidak mengharapkan cermin dikampung! Yaahh, kita bijak! Kita tak akan lagi terlewat!
  1. Seterika
  • Bagi seorang yang extremis seperti kita, kita perlulah sediakan payung sebelum hujan. Kenapa seterika? Melainkan baju raya kita tak perlu digosok (ni another level of genius!), kita bawa seterika kita sendiri tuan tuan dan puan puan. Kita perlu menjadi bijak dan tak boleh harapkan seterika yang dikampung okay!

  1. Sampul raya
  • Kalau tak ada sampul duit raya dimalam raya, boleh bawa gaduh ya tuan tuan dan puan puan. Jadi bagi mengelakkan pergelutan yang bakal berlaku, siapkan lah sampul duit raya didalam kereta ya. Oh, jangan dibuat lupa juga isi yang diperlukan untuk kita mengisi sampul tersebut tuan tuan dan puan puan. Walaupun air mata umpama ingin menitis sedikit tatkala kita mengisi sampul tersebut, tetapi haruslah juga kita teruskan bertabah demi mengisi sampul tersebut.

Okay lah. Itu sahaja lah yang boleh kita bincangkan persediaan untuk raya tahun ini ya. Moganya kita boleh lebih bijak tahun ini, yay! Selamat Berpuasa semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *