Samperit

Bila Raya sinonimnya haruslah Biskut Raya, untuk penyeri hari kan?! Tak lupa juga, kuih-kuih yang tradisional yang akan menaikkan lagi seri hari raya. Antara kuih-kuih yang sentiasa digemari ramai termasuk lah Kuih Tart Nenas, Samperit, Kuih Kapit dan sebagainya. Disini, BA Team nak share resipi salah satu daripada kuih yang disebut tadi!

Kini, kuih Samperit ada didalam pelbagai bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Tetapi, bentuk yang paling dikenali adalah Samperit berbentuk bunga Dahlia. Disini, kami sertakan resipi untuk membuat Kuih Samperit Dahlia.

Bahan-Bahan

1 cawan mentega /butter
1 cawan gula kisar
2 biji kuning telur
2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak)
1 sudu teh esen vanila
hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan

Cara Membuat Biskut Semperit Dahlia

  1. Putar gula dan mentega.
  2. Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.
  3. Ayak ketiga-tiga tepung.
  4. Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.Uli sampai sebati.
  5. Tambah tepung jagung jika masih lembik
  6. Sapu dulang dengan butter
  7. Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.
  8. Panaskan oven dengan suhu 150  darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.

Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah

  1. Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
  2. Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
  3. Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
  4. Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.

Selamat mencuba, #BAlovers!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *