Microsleep?

Hari Raya bakal menjelma beberapa hari saja lagi kan. Minggu ni, adalah minggu terakhir sebelum semua cuti raya. Semua berebut-rebut untuk membeli dan menyiapkan persiapan raya dan tidak lupa juga kaum lelaki sudah mula untuk memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik. Ye lah kan, perjalanan jauh, jadi perlulah kita bersiap sedia untuk kenderaan dalam keadaan yang baik.

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita sedih dimana kita kehilangan saudar kita, Founder Dnars Cosmetics oleh sebab microsleep. Microsleep ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja dan banyak faktor yang boleh menyebabkan microsleep antaranya adalah kurang tidur, terlampau penat dan sebagainya.

Apa cara-cara bagi mengelakkan microsleep ini? Okay, kita perlulah elakkan diri dari memandu dalam keadaan yang memenatkan. Kalau tidak ada teman semasa perjalanan, adalah dinasihatkan supaya mulakan perjalanan dengan badan yang cergas. Pelbagai juga cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan microsleep ini dan antara nasihat yang paling perlu kita turuti adalah cuba untuk berhenti seketika dan tidur. Tetapi, jangan lupa untuk berhenti dikawasan yang selamat, contohnya di R&R atau hentian sebelah. (Jangan main telefon pula tau!)

Antara tanda-tanda microsleeping ini adalah termasuk mata kuyu, tidak mampu untuk kekal focus dan juga merenung sesuatu objek atau benda dengan kosong. Microsleep boleh terjadi dalam masa hanya 2 saat dan dalam masa 2 saat, boleh terjadinya perkara buruk yang kita semua ingin elakkan.

Jadi, pastikan kita dalam keadaan yang cergas dan tidak mengantuk sebelum memulakan perjalanan. Akhirnya, kami dari BA team mendoakan semua pemandu sampai ke destinasi yang dihaji dan selamat memandu!

– BA Team

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *