Telekung Best Pilihan Muslimah

TELEKUNG BEST

Pemilihan fabrik yang bersesuaian menjadi keutamaan di dalam pembelian telekung. Fabrik yang sesuai ditentukan dengan keadaan cuaca setempat dan kemudahan untuk menjaga fabrik tersebut. Terdapat baynak pilihan fabrik dipasaran tempatan yang mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Fabrik Telekung Best

Namun, setiap orang mempunyai jenis fabrik telekung best yang diminatinya yang tersendiri. Ada yang berminat dengan telekung yang dari jenis fabrik cotton, ada juga dari jenis crepe dan sebagainya. Pemahaman mengenai fabrik juga penting untuk menentukan keselesaan si pemakainya.

Walaubagaimanapun, para wanita juga mengutamakan ciri-ciri seperti berikut yang wajib ada pada fabrik telekung best tersebut. Antaranya ialah:

  • Fabrik yang sejuk walaupun di musim yang panas
  • Tidak berbau apabila basah atau berpeluh
  • Fabrik yang tidak melekap pada padan sehingga menampakkan bentuk tubuh badan
  • Fabrik yang tidak jarang
  • Mudah kering apabila dijemur
  • Tahan lasak
  • Senang untuk dijaga
  • Selesa

Jom kita lihat senarai fabrik telekung best terbaik pilihan ramai yang dijadikan sebagai telekung.

1. Kain Cotton

cotton

Kain dari jenis cotton merupakan pilihan ramai muslimah untuk dijadikan sebagai telekung. Diperbuat daripada serat kapas dan merupakan fabrik yang amat sesuai untui dipakai bagi negara yang beriklim panas dan lembap seperti Malaysia kerana sifatnya yang breathable.

Kain cotton ini juga byk dijadikan jubah, baju kurung dan sebagainya. Selain senang untuk dicuci, kain ini juga mempunyai permukaan yang lembut dan senang digosok.

Terdapat pelbagai jenis kain cotton dipasaran dan di antaranya ialah :

  • Cotton Jepun
  • Cotton Paris
  • Cotton Silk
  • Cotton Minyak
  • Cotton Biasa

2. Kain Polyester

poly

Kain dari jenis polyester juga ada peminatnya yang tersendiri. Kain ini mempunyai daya sifat yang tahan lasak menjadikannya sebagai kain pilihan ramai. Namun, fabriknya memiliki sifat tidak breathable menyebabkan si pemakainya terasa panas dan agak kurang selesa apabila cuaca panas terik. Sifatnya juga tidak atau kurang menyerap air.

Bagi yang mengalami masalah kulit yang kronik. Disarankan untuk tidak menggunakan kain dari jenis polyester ini.

3. Kain Linen

linen

Kain dari jenis linen sediki keras berbanding dengan jenis kain yang lain. Namun, ia tetap menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai baju, dress dan pakaian casual harian. Permukaan kainnya agak kasar dan 4 kali lebih tahan daripada kain cotton. Kain jenis ini juga mudah untuk menyerap peluh berbanding dengan kain polyester.

4. Kain Satin

satin

Kain satin mempunyai permukaan yang licin tetapi senang untuk dijahit. Kain ini juga tahan lasak untuk dipakai seharian disamping senang untuk dijaga. Kebanyakkan pengguna menjadikan telekung dari jenis kain satin untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan atau seumpamanya. Kain yang lembut dan berkualiti yang sepadan dengan harganya yang agak mahal.

5. Kain Viscose

viscose

Viscose merupakan kain yang lembut teksturnya dan bersifat breathable iaitu sejuk apabila dipakai. Kain yang tidak keras dan terletak elok dibadan si pemakai dan permukaannya sedikit berkilat. Kain ini juga menyerap peluh dengan baik dan senang untuk dijaga dan dicuci.

Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri dalam pemilihan jenis kain untuk telekung. Yang penting anda selesa dengan apa yang dipakai. betul kan??

“Ibadah solat itu hanya untuk Allah S.W.T dan bukannya untuk pandangan dan perhatian manusia.”

bawal printed 1

Join the conversation

Bestsellers:
SHOPPING BAG 0
RECENTLY VIEWED 0