Haute Bella No.1

Haute Bella No.1, adalah koleksi jubah siri pertama Edisi Eksklusif Bella Ammara yang akan dilancarkan bersempena Grand Opening Bella Ammara Kuantan pada 25th Disember 2015.

Haute Bella No.1 adalah merupakan salah satu koleksi terbaik Bella Ammara. Proses penghasilannya tidaklah semudah yang disangka. Proses pemilihan tona warna dan pembuatan memakan masa yang lama demi memastikan Haute Bella No.1 tampil ekslusif dan mewah.

Diperbuat daripada sutera asli Zara Satin dengan kualiti terbaik dan direkacipta dengan cetakan digital, Haute Bella No.1 adalah koleksi yang memikat hati.

Haute Bella No.1 dijahit di sebuah tailor house yang diperakui mutunya. Setiap helai Haute Bella No.1 akan diperiksa dengan mata dan tangan berulang kali demi memastikan kesempurnaan busana.

Kesemua usaha dijalankan dengan berhati-hati, kerana Haute Bella No.1 bakal menjadi duta kepada usaha pengembangan Bella Ammara.Haute Bella No.1 ditatah oleh Kristal Swarovski yang eksklusif, diimport khas dari Tyrol, Austria. Kristal-kristal Swarovski dipilih dan diperiksa secara terperinci sebelum diletakkan dengan penuh teliti di sekeliling pergelangan tangan koleksi Haute Bella No.1.

Malahan, Haute Bella No.1 didatangkan dengan lapisan kain dalam untuk memastikan ianya bertepatan dengan syariah dan sesuai dengan kehendak Muslimah.

Bagi melengkapkan koleksi yang penuh mewah ini, setiap helai koleksi Haute Bella No.1 mempunyai sijil sah dan kotak ekslusif yang dikeluarkan khas bersempena koleksi ini sahaja.

Koleksi Haute Bella No.1 hanya dikeluarkan sebanyak 300 helai demi memastikan kualiti terbaik untuk anda. Hanya untuk anda.

Usaha pembuatan teliti menggunakan material terbaik melalui Haute Bella No.1, akan melonjakkan Bella Ammara ke peringkat seterusnya.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

×
×

Cart